fbpx

Fouziah Gous khatam al-Quran pada Nuzul al-Quran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOUZIAH Gous bergambar bersama Ustazah Fadzilah.

PETALING JAYA – Pelakon Fouziah Gous berkongsi keterujaan dan kegembiraan apabila berjaya khatam bacaan al-Quran pada sambutan hari Nuzul al-Quran semalam.

Perkara berkenaan dikongsikan Fouziah, 39, menerusi hantaran Instagramnya dengan meluahkan rasa gembira kerana dapat khatam kitab suci tersebut pada bulan Ramadan seperti yang dihajatkannya.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, seperti yang dihajatkan untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan dan Nuzul al-Quran dimakbulkan-Nya. 

“Secara rasminya selesai khatam bersama Ustazah Fadzilah,” tulisnya sambil memuat naik gambar bersama ustazah yang mengajarnya.

Pada masa sama, pelakon dan usahawan itu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ustazah yang memantau bacaannya sepanjang proses khatam kerana sanggup mengikut kehendaknya. 

“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup memandu datang rumah, layan mengaji dalam telefon selama sejam. 

“Sanggup korbankan tidur, ikut masa saya dan banyak lagi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

“Sekeping gambar untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah,” katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon Jue Aziz juga berjaya khatam al-Quran pada 20 April lalu demi menunaikan hajat ibunya. – K! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI