fbpx

Kereta pandu sendiri di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu di Britain akan menjadi yang pertama di dunia memandu tanpa perlu memegang stereng kereta atau boleh memeriksa e-mel ketika memandu. - Press Association/PA Images/The Sun

LONDON – Kerajaan Britain bakal menguatkuasakan sistem kenderaan tanpa pemandu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor akhbar The Sun semalam.

Ini bererti pemandu di Britain akan menjadi yang pertama di dunia memandu tanpa perlu memegang stereng kereta atau boleh memeriksa e-mel ketika memandu.

Kereta tanpa pemandu tersebut boleh bergerak dalam kelajuan 59.5 kilometer sejam dan hanya boleh dipandu di lebuh raya.

Selain tidak boleh menukar lorong, kereta dengan teknologi tersebut juga akan memperlahankan kenderaan secara automatik apabila bertindak balas dengan keadaan lalu lintas.

Pemandu bagaimanapun boleh mengambil alih kawalannya dalam kes kecemasan.

“Penggunaan kereta dengan sistem tanpa pemandu dapat membantu menambah baik aliran lalu lintas, mengurangkan masa perjalanan serta pelepasan asap.

“Ini merupakan langkah utama bagi kegunaan selamat kenderaan pandu sendiri di Britain, sekaligus menjadikan perjalan akan datang lebih hijau, mudah dan dipercayai,” ujar Menteri Pengangkutan Britain, Rachel Maclean.

Teknologi tanpa pemandu dijangka dapat mencegah sehingga 47,000 kemalangan serius serta menyelamatkan 3,900 nyawa dalam tempoh beberapa puluh tahun akan datang dengan cara menghapuskan kesilapan manusia, ujar Persatuan Pengilang dan Peniaga Motor di Britain.

Teknologi tersebut bagaimanapun hanya akan dipasang pada model kereta baharu dan tidak boleh diguna pakai oleh kereta sedia ada. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN