fbpx

Kes Addy Kana: Dua anggota disemak semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Addy Kana (tengah)

PETALING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjanji akan menyemak semula siasatan kes melibatkan Zaidi Kanapiah atau ‘Datuk Addy Kana’ dan dua anggota polis yang dibebaskan serta-merta daripada tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) berhubung sindiket judi dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan menyerahkan perkara tersebut kepada timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai polis yang mengendalikan kes berkenaan.

“Timbalan saya akan panggil dan berbincang dengan mereka (pegawai polis terbabit kendali kes) untuk melihat sama ada wujud kelemahan dalam siasatan kes berkenaan.

“Langkah ini bagi mengelak daripada berulang kembali (gugur kes POCA) dan saya tidak mahu PDRM dilihat seolah-olah bersikap semberono sahaja menggunakan peruntukan undang-undang mengenakan POCA ikut sesuka hati tanpa kualiti yang mungkin menyebabkan seseorang itu teraniaya,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan ‘Datuk Addy Kana’ bersama dua angota polis, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd. Hairy Mohammad, yang berusia lingkungan 35 hingga 40 tahun dibebaskan daripada tahanan reman di bawah POCA oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan selepas membenarkan rayuan mereka terhadap permohonan writ habeas corpus supaya dibebaskan dengan serta-merta.

Mengulas perkara itu lagi, beliau menjelaskan, siasatan kes membabitkan sindiket judi dalam talian adalah sangat rumit.

“Pihak polis perlu mengambil kenyataan daripada pelbagai pihak untuk dinilai dan jika cukup bukti, kita akan terus bawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

“PDRM tidak akan mengambil pendekatan dengan sengaja untuk buat kerja secara cincai (sambil lewa) dan kes melibatkan Addy Kana itu akan dikaji semula,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI