fbpx

YTBH dapat kelulusan untuk jalani ujian klinikal fasa tiga vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Yong Tai Bhd. melalui anak syarikatnya, YTB Healthcare Sdn. Bhd. (YTBH) te­lah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalankan ujian klinikal fasa tiga bagi ujian vaksin tidak aktif Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, peningkatan kes Covid-19 telah menjadi perhatian negara baru-baru ini kerana ia turut melibatkan pelbagai varian virus.

“Sehubungan itu, adalah pen­ting bagi kami di sektor swasta memainkan peranan penting untuk membantu negara mencapai kumpulan imuniti

“Kami teruja dengan kelulusan terbaharu yang diterima untuk memulakan ujian klinikal fasa tiga di Malaysia.

“Dengan kelulusan itu, kami adalah syarikat swasta pertama yang akan menaja ujian klinikal fasa tiga vaksin di Malaysia.

“Ini adalah masa terbaik buat kami dan juga pada negara kerana­ pentingnya vaksin bagi menghadapi pandemik Covid-19 untuk jangka panjang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

YTBH telah memformulakan ujian klinikal fasa tiga dan produk perolehan melalui rakan strategiknya, Shenzhen ­Kangtai Biologi­cal Products Co. Ltd (SZKT) sejak bulan Disember tahun lalu.

SZKT adalah salah sebuah syarikat pengeluar vaksin terbesar di China.

“Jika melihat kepada ­kemajuan pembangunan syarikat sejak empat bulan lalu, kami begitu proaktif bagi memastikan semua peraturan dan garis panduan ke­selamatan telah dipenuhi bagi mendapatkan kelulusan,” ujarnya.

Tambah beliau, Kumpulan telah menetapkan sasaran dalamannya untuk memulakan ­pengagihan vaksin tidak aktif SZKT menjelang suku ketiga tahun ini.

Namun jelasnya, ia bergantung kepada kelulusan daripada Badan Pengawas Farmaseutikal Negara tertakluk jika ada kecemasan.

Selain itu, Kuang Loon me­nerangkan, Kumpulan kini memfokuskan kepada ujian klinikal fasa tiga yang akan melibatkan sehingga 30,000 sukarelawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI