fbpx

Tiba-tiba nama Fazura sohor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nama Fazura ulang ciap lebih 25,700 kali oleh pengguna media sosial

PETALING JAYA – Isu yang melanda selebriti terkenal, Neelofa secara tidak langsung menyebabkan nama Fazura sohor di laman Twitter hari ini.

Bagaimanapun, nama Fazura sohor bukanlah disebabkan sebarang kontroversi tetapi berkaitan tindakan netizen yang berang dengan kadar hukuman diterima Neelofa akibat melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan hantaran Neelofa yang menyatakan bahawa dia mahu menjamah burger sebagai hidangan moreh walaupun posting itu telah pun dipadamkan.

Sehingga sebentar tadi, ciapan yang membabitkan nama isteri pelakon popular, Fattah Amin itu telah ulang ciap lebih 25,700 kali oleh pengguna media sosial tersebut.

Menurut seorang pengguna Twitter bernama Nur, dia kini memahami mengapa dia begitu meminati Fazura.

“Sekarang saya tahu mengapa begitu meminati Fazura, bahkan sebelum dia berkahwin dengan Fattah.

“Kini dia ada Nur Fatima Aisya, saya bertambah sayang dengan keluarga kecil itu,” katanya.

Bagi pengguna bernama Qila Azman pula, Fazura sentiasa mendapat tempat di hati peminat kerana bebas daripada sebarang isu sensasi.

Pengguna bernama Riesa ia pula berkata, Fazura memang layak sohor kerana semua orang sukakannya ekoran sikapnya yang lemah lembut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI