fbpx
Gambar hiasan

Lelaki Bangladesh samun, cuba rogol warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seorang wanita warga emas cemas apabila didatangi seorang lelaki Bangladesh yang menyelinap masuk ke dalam rumahnya di Taman Skudai, di sini awal pagi semalam.

Ketika kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, wanita berusia 65 tahun sedang tidur sebelum terdengar bunyi seperti orang membuka tingkap biliknya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa terkejut selepas mendapati terdapat seorang lelaki berkulit kelap berdiri di hadapannya.

Katanya, lelaki bangsa asing itu tidak memakai baju dan hanya memakai seluar dalam sambil memegang sebatang besi.

“Suspek mengarahkan mangsa supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana suspek hendak merogolnya.

“Pengadu yang dalam ketakutan hanya menurut apa yang disuruh sebelum suspek cuba untuk merogol mangsa namun tidak berjaya,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, suspek juga memaksa pengadu supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 lalu beredar.

Jelasnya, susulan laporan dibuat mangsa, polis berjaya menjejaki lelaki berusia 26 tahun sebelum dia ditahan bersama dua lelaki warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun.

Kesemua mereka bekerja sebagai buruh dan dua lelaki Myanmar ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan bersekongkol dengan lelaki Bangladesh berkenaan.-K! ONLINE

POPULAR