fbpx

Guna tuala wanita untuk tanda petak parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua wanita itu tinggal di bangunan yang sama dan sudah lama bertengkar berkenaan petak parkir. -Facebook

BANGKOK – Gara-gara berebut petak meletak kenderaan, dua orang wanita dilaporkan bertengkar dan salah seorang sanggup menanda petak meletak kenderaan itu dengan najis dan tuala wanita yang dipenuhi darah haid, lapor portal Coconuts.co.

Seorang pemilik kedai yang hanya dikenali sebagai Lek, 40, berang apabila petak meletak kenderaannya diambil oleh Noi, 38, bertindak menyangkut tuala wanita yang sudah digunakan bagi melarang Noi daripada meletakkan kenderaannya di situ.

Lek juga sebelum ini telah membaling najis pada kereta Noi kerana wanita itu mengalihkan ampaiannya untuk meletakkan kenderaan.

Sebelum dua insiden itu, Lek turut dilaporkan pernah menghentam kenderaan Honda Jazz milik Noi menggunakan penghadang tempat meletak kenderaan ekoran isu yang sama.

Ketua polis daerah Rat Burana, Patsaphong Boodthai berkata kedua-dua wanita itu tinggal di bangunan yang sama di Kheha Suksawat dan sudah lama bertengkar akibat berebut petak meletak kenderaan.

Noi yang berang dengan tindakan Lek turut membalas tindakan wanita itu dengan membaling pasu bunga di kedai runcit milik Lek.

Kedua-dua mereka memfailkan aduan kerosakan harta benda dan enggan bercakap antara satu sama lain.

Polis berkata, Lek dan Noi akan dipanggil untuk rundingan atas kerosakan harta benda yang dibuat. -Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN