fbpx

Program Ramadan menarik radio Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA program menarik yang disediakan buat pendengar radio Astro sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

TIDAK ketinggalan meraikan kedatangan bulan mulia Ramadan tahun ini, Astro Radio menerusi empat stesen radionya menampilkan pelbagai program dan pengisian menarik bermula 13 April lalu.

Keempat-empat jenama radio tersebut iaitu Era FM, Sinar FM, Gegar FM dan Zayan FM mengambil bahagian masing-masing dalam menyajikan kandungan terbaik buat pendengar setia mereka.

Stesen radio Era FM menawarkan dua buah program iaitu Dboyz Buka Puasa Norma Baharu dan Renungan Ramadan GoodDay Era.

Dboyz Buka Puasa Norma Baharu memberi peluang kepada pendengar setia untuk menyertai sesi berbuka puasa dan beramah mesra bersama penyampai radio Era FM iaitu Radin Amir dan Danial Zaini secara maya. Penyertaan boleh dihantar menerusi laman web rasmi Era, era.je.

Sementara itu, program Renungan Ramadan GoodDay Era bersama DFMK menampilkan pakar motivasi terkenal Datuk Dr. Mohamed Fadzillah Kamsah memberi motivasi dan berkongsi inspirasi kepada pendengar Era sepanjang bulan ini menerusi Facebook Live Era.

DUA penyampai radio Era FM, Radin Amir (kiri) dan Danial Zaini mengendalikan program Dboyz Buka Puasa Norma Baharu.

Stesen Sinar FM pula menganjurkan dua buah program iaitu Kongsi Rezeki Sinar dan Sinar Belanja bersama peminat sepanjang Ramadan ini.

Menerusi slot Kongsi Rezeki Sinar, stesen berkenaan mempelawa semua pendengar untuk menyumbang barangan keperluan harian bagi diagihkan kepada mereka yang memerlukan dengan kerjasama The Lost Food Project. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi sinar.my.

Bagi slot Sinar Belanja pula, peminat berpeluang mengambil bahagian untuk memenangi sebahagian pembiayaan bil barangan dapur berjumlah RM30,000 dengan kerjasama HoneyB Malaysia.

Tambah ilmu

Tambah memeriahkan bulan Ramadan tahun ini, radio Gegar FM menampilkan pengisian menarik dalam slot Lughatul Arabiah Gegar Pagi dan Gerbang Ramadan Gegar.

Lughatul Arabiah memberi peluang kepada pendengar mempelajari bahasa Arab bersama penyampai Mek Zura dan Shah yang bersiaran setiap Ahad hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi.

Sementara menerusi slot Gerbang Ramadan Gegar pula, pendengar boleh menambah ilmu dan pengetahuan menerusi perkongsian ceramah dan kisah tauladan daripada penceramah jemputan setiap hari yang bersiaran dalam Facebook dan Instagram Gegar.

PROGRAM Lughatul Arabiah Gegar Pagi memberi peluang kepada pendengar Gegar FM mempelajari bahasa Arab setiap Ahad hingga Jumaat pukul 9 pagi.

Tidak ketinggalan, radio Zayan FM turut mengambil bahagian dengan menyediakan dua pengisian menarik iaitu Zayan Sedekah Ramadan dan Zayan Tarawih Tour.

Slot Zayan Sedekah Ramadan membuka peluang kepada pendengar untuk menyalurkan sedekah sepanjang bulan mulia ini dengan menyalurkan sumbangan menerusi laman web rasmi zayan.my.

Setiap nilai sedekah yang diterima akan disampaikan kepada jemaah masjid untuk berbuka puasa yang mendapat kerjasama daripada masjid-masjid di sekitar Lembah Klang.

Bagi slot Zayan Tarawih Tour pula, personaliti stesen radio berkenaan membawa peminat menziarahi masjid di sekitar Lembah Klang dan menunaikan solat tarawih bersama jemaah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI