fbpx

Lelaki ditemui mati di dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui mati di dalam longkang di Taman Tenggiri, Seberang Jaya hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui mati di dalam longkang di Taman Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9 pagi.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati satu mayat lelaki berusia dalam linkungan 60-an berada di dalam longkang.

“Pasukan telah melakukan kerja-kerja mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata, operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu kemudiannya ditamatkan pukul 9.21 pagi.

Difahamkan pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI