fbpx

Didakwa di mahkamah kerana tidak pulangkan pita video 21 tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McBride terkejut apabila mendapati dia ialah orang yang dikehendaki atas kesalahan tidak memulangkan pita video. – Daily Star

NORMAN, OKLAHOMA –  Seorang wanita di Amerika Syarikat didakwa atas tuduhan menyeleweng hanya kerana gagal memulangkan semula sebuah pita kaset video yang disewa  21 tahun lalu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa Caron McBride menyewa pita video drama bersiri, Sabrina the Teenage Witch dari sebuah kedai video, Movie Place pada Mac 2000.

Kedai itu ditutup pada tahun 2008.

“Apabila diberitahu saya terlibat dengan penyelewengan, saya hampir diserang sakit jantung,” ujar McBride.

Dia mengetahui tentang perkara tersebut selepas cuba untuk menukar nama keluarganya  kerana baru berkahwin.

“Saya diberitahu yang saya mempunyai satu kes mahkamah di Oklahoma.

“Saya terkejut apabila mendapati saya ialah orang yang dikehendaki atas kesalahan tidak memulangkan pita video,” katanya yang menafikan pernah menyewa pita video tersebut.

Dia sebaliknya mendakwa, pita sistem video rumah (VHS) itu berkemungkinan disewa oleh bekas kekasihnya 20 tahun lepas ketika tinggal sebumbung bersama lelaki itu.

“Dia mempunyai dua anak perempuan  dan saya merasakan bahawa dia yang menyewa pita video tersebut serta tidak memulangkannya.

“Saya tidak pernah menonton siri Sabrina the Teenage Witch. Saya tidak berminat,” tambahnya.

Pejabat Peguam Daerah Oklahoma bagaimanapun telah menarik balik kes tersebut, namun seorang peguam, Ed Blau berkata, kesalahan tersebut tetap akan memberi kesan kepada prospek pekerjaan McBride melainkan dipadam daripada rekodnya. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN