fbpx

Tiga lelaki kantoi main judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki yang sedang leka berjudi secara online dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Tiga lelaki dicekup polis ketika mereka sedang leka bermain judi online menerusi telefon pintar mereka di dalam sebuah rumah di Kampung Gelang Mas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, serbuan itu dijalankan selepas menerima maklumat menerusi Ops Dadu yang telah dijalankan oleh pihak polis sebelum ini.

Menurutnya, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada pukul 3.30 petang.

“Ketika itu, ketiga-tiga suspek didapati sedang leka bermain  judi secara online menerusi telefon pintar masing-masing.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kesemua telefon bimbit milik mereka mendapati terdapat aplikasi perjudian yang digunakan dalam kegiatan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, ketiga-tiga suspek dan telefon pintar mereka dibawa ke IPD Pasir Mas di sini untuk siasatan lanjut.

Katanya, individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian secara online akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambahnya, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 dan dikenakan juga hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI