fbpx

Projek: Anchor SPM tak klise!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Projek: Anchor SPM kini menjadi perhatian ramai.

KALAU masih ingat, dahulu sewaktu awal-awal siaran drama Projek: Anchor SPM, ramai yang berbunyi mendakwa naskhah tersebut meniru filem popular dari Thailand berjudul Bad Genius.

Tetapi selepas memasuki episod kelapan baru-baru ini, drama berkenaan mencuri perhatian luar biasa penonton apabila rata-ratanya memuji jalan cerita menarik naskhah tersebut.

Hebat! Paling penting kata netizen, sudah tiba masanya karyawan bijak pandai tanah air memperbanyakkan cerita Melayu macam Projek Anchor SPM.

Cerita-cerita klise pasal anak Datuk ambil alih syarikat dah boleh dikurangkan kata netizen.

Sampai ada yang kata menyesallah sebab dahulu tak pernah tonton cerita tersebut! Amboi, hebat penangan Projek: Anchor SPM ya!

Cuma apa yang menariknya, penonton memuji kualiti lakonan semua pelakon dalam drama tersebut seperti bintang utamanya iaitu Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha.

Tidak ketinggalan, pendatang baharu yang merupakan pemenang Hero Remaja 2020 iaitu Nadhir Nassar turut menuai pujian ramai atas mutu lakonan yang mantap. Markah A+ katanya.

Paling penting, banyak lagi aspek lain yang dipuji netizen antaranya pemilihan barisan pelakon. Mereka kata, ini baru betul muka budak sekolah. Bukan muka tua tetapi jadi budak sekolah. Betul juga kan?

Tiba-tiba Diva teringat zaman filem Sembilu semasa adegan Awie dan Erra pakai uniform sekolah! Comel dan manis juga!

Satu lagi perkara yang turut dipuji adalah permainan sinematografi drama berkenaan yang cantik, tak ubah seperti filem dari seberang.

Maka betullah kata orang, naskhah tempatan boleh pergi jauh macam karya luar negara. Tahniah kepada pengarah drama berkenaan iaitu Razaisyam Rashid!

DIVA: Ramai pula artis terkena buatan orang sekarang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI