fbpx

Adegan Drama Tular: Ellie Suriaty cium kaki Adlin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADEGAN Ellie mencium kaki Adlin dalam drama Ayat Dari Langit mendapat pelbagai reaksi khalayak.

Awal minggu ini, netizen khususnya dalam Twitter aktif mengulang siar sedutan babak drama berjudul Ayat Dari Langit lakonan Ellie Suriaty Omar dan Adlin Aman Ramli.

Dalam sedutan tersebut, Ellie yang memegang watak Zaharah mencium kaki suaminya, iaitu Syeikh Muiz lakonan Adlin.

Malah, Adlin juga turut berkongsi video di sebalik tabir babak berkenaan dalam Instagram, memang Ellie benar-benar mencium kakinya, bukan kaki patung.

Babak kontroversi tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang suka dan kurang gemar melihat aksi berkenaan.

Bagi mereka, agak keterlaluan babak tersebut dihidangkan kepada penonton, manakala ada yang bersetuju kerana boleh memberi kesedaran kepada orang ramai Untuk Adlin dan Ellie tahniah atas keberkesanan adegan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI