fbpx
Gambar hiasan

Tokan ‘dua bulan’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai baru aktif sebagai tokan berjaya diberkas bersama dadah jenis serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan pil ekstasi di Kuchai Enterpreneur Park, Off Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun itu diberkas menerusi satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sekitar pukul 10 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, menerusi hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai tujuh paket plastik mengandungi dadah jenis MDMA seberat 63.3 gram dan satu biji pil disyaki dadah jenis Ekstasi dianggarkan 0.7 gram.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM3,816.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dipercayai mampu dibekalkan kepada 70 orang penguna dadah.

“Hasil soal siasat mendapati suspek terlibat dalam aktiviti berkenaan selama dua bulan dan ujian saringan awal terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka negatif dadah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperoleh.

“Hasil tangkapan tersebut, pihak polis telah berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika disabitkan dengan kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN