fbpx

Tiga pilihan bayaran fidyah ikut beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIS memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadhan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadhan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari.

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, kadar bayaran fidyah yang ditetapkan sebanyak RM2 sehari adalah bagi individu yang memakan beras Super Special Tempatan lima peratus dan RM4 (beras putih import/beras perang/ beras pulut/herba ponni/ beras wangi).

Katanya, manakala kadar fidyah RM6 sehari bagi individu yang memakan beras basmathi atau beras Jepun atau beras merah.

“Mereka yang berkemampuan amat digalakkan menunaikan bayaran fidyah mengikut jenis beras yang dimakan selaras dengan kadar zakat fitrah yang dilaksanakan di Selangor yang merujuk kepada keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Selangor kali ke-5/2020.

“Hasil mesyuarat telah memutuskan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah 1/4 daripada zakat fitrah yang dibayar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web MAIS iaitu www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI