fbpx

SMK Seremban 2 ditutup, 17 kes positif dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini selepas 17 kes positif Covid-19 dikesan di sekolah tersebut.

SEREMBAN – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini selepas 17 kes positif Covid-19 dikesan di sekolah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, sekolah terbabit ditutup hari ini sehingga 29 April depan atas arah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“PKD meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menutu sekolah ini dari 23 April hingga 29 April 2021 (tujuh hari) dan ia dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Rafie berkata, seramai 179 individu termasuk pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu telah dikuarantin di pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai berikutan terdapat tiga kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, jelas Mohamad Rafie, keadaan adalah terkawal sekolah terbabit tidak ditutup.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI