fbpx

Pelakon Laila Nasir positif Covid-19, Influenza B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Laila Nasir kini sedang dirawat selepas positif Covid-19 dan Influenza B semalam.

PETALING JAYA – Pelakon senior, Laila Nasir mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan virus Influenza B sejak semalam.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Nur itu sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Perkara tersebut dimaklumkan Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir, 51, dalam InstaStorynya.

“Hari ini hari kedua saya berada di hospital dan menerima rawatan. Doakan saya baik,” katanya dalam nada lemah dan tidak bermaya.

Terdahulu, dua pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina dan Farisha Irwayu turut dijangkiti virus sama.

Difahamkan, Sweet kini sedang dikuarantin dan mendapatkan rawatan di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak manakala Farisha dirawat di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang.

Untuk rekod, sebelum ini beberapa selebriti tanah air, antaranya, Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Aeril Zafrel dan Aprena Manrose turut disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI