fbpx

Ibu buat laporan polis anak cedera dipukul guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kecederaan yang dialami murid tahun tiga sebuah sekolah di Kuala Kedah didakwa akibat dipukul guru.

ALOR SETAR – Seorang ibu membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya yang merupakan murid tahun tiga sebuah sekolah di Kuala Kedah di sini mengalami kecederaan akibat dipukul guru.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, wanita berusia 32 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian pada pukul 4.36 petang ini.

“Pengadu mendakwa dia menyedari kecederaan dialami anaknya yang berusia sembilan tahun ketika mahu menjemputnya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

“Kecederaan melibatkan bahagian lengan sebelah kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian mendakwa seorang guru memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Proses siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI