fbpx

Rekalibrasi tenaga kerja diperluas, PLKS sektor ladang dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kiri) bersama Saravanan ketika sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa mengenai pengurusan pekerja asing di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja diperluaskan kepada empat subsektor selain melanjutkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di sektor perladangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah khas itu antara beberapa perkara diputuskan dalam memastikan pemulihan ekonomi negara dapat dipercepatkan.

Menerusi mesyuarat dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, beliau juga mengumumkan syarat kelayakan peserta program rekalibrasi tersebut turut diperluaskan lagi.

“Setelah memperhalusi semua cadangan, kerajaan bersetuju buka subsektor baharu iaitu perkhidmatan restoran, kargo, borong dan runcit serta pembersihan dan pencucian,” katanya selepas mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Kelima Bilangan 1/2021 di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, syarat kelayakan peserta juga meliputi pekerja asing tanpa izin (PATI) yang sudah pun berdaftar untuk penempatan semula kerja tetapi belum lengkap proses permohonannya.

“Mereka ini akan diterima walaupun belum lagi dapat PLKS selain PATI yang ada dokumen perjalanan sah dan juga yang lari tetapi tidak dilaporkan oleh pihak majikan,” kata beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI