fbpx

Kereta rosak ditimpa tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta rosak ditimpa dinding konkrit dan tanah runtuh di sebuah stesen minyak di Gelugor, George Town hari ini.-Foto IHSAN BOMBA

GEORGE TOWN – Sebuah kereta rosak selepas ditimpa dinding konkrit yang tumbang akibat kejadian tanah runtuh di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.41 tengah hari dan telah bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya mendapati tanah runtuh berkenaan melibatkan dinding konkrit bersaiz kira-kira 120 meter persegi.

“Runtuhan tersebut telah menghempap sebuah kereta jenis Proton Wira sehingga menyebabkan berlaku kebocoran gas.

“Bomba dengan segera menjalankan kerja-kerja proses menghentikan kebocoran pada tangki gas yang terlibat untuk mengelakkan sebarang kebakaran berlaku,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan beliau berkata, pemantauan diteruskan sementara menunggu pihak berkaitan tiba di lokasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI