fbpx

Johor Port utamakan tahap keselamatan di pelabuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC sentiasa mengutamakan persekitaran yang selamat dan terjamin bagi pengguna dan pelanggan pelabuhannya untuk menjalankan perniagaan.

Ini kerana pelabuhan tersebut menjadi pintu masuk selatan di Malaysia yang akan ­men­yumbang bukan sahaja kepada negara tetapi juga perdagangan global.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Md. Derick Basir berkata, bagi memastikan keselamatan pelabuhan tersebut dilindungi daripada sebarang potensi ancaman sama ada melalui darat, laut dan udara, pihaknya memerlukan sebuah pasukan keselamatan bersenjata iaitu Polis Bantuan Pelabuhan Johor

Menurutnya, pasukan tersebut melakukan rondaan dan pengawasan 24 jam di semua pintu masuk dan keluar ke pelbagai kemudahan yang terdapat di pelabuhan serta menguatkuasakan peraturan keselamatan pelabuhan serta maritim di per­airan Pelabuhan Johor.

“Polis Bantuan Pelabuhan Johor terdiri daripada sepasukan 85 pegawai dan anggota yang mana lima daripadanya adalah wanita.

“Mereka diberi kuasa untuk membawa senjata api dan merupakan responden utama untuk semua jenayah dan insiden yang dilaporkan dalam kawasan bidang kuasanya.

“Selain daripada Latihan Polis Bantuan di Pusat Latihan Polis, pasukan keselamatan bersenjata ini juga menjalani pelbagai latihan kemahiran secara berkala bagi mempertingkatkan prestasi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Baru-baru ini, Johor Port telah mengadakan Latihan Menembak dwitahunan di Lapang Sasar Menembak Ladang REM, Kota Tinggi, Johor.

Latihan menembak itu bertujuan meningkatkan kecekapan kemahiran yang lebih tinggi dalam aspek pengendalian dan penggunaan senjata api, me­ningkatkan kompetensi melalui latihan senjata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI