fbpx

Gagal seludup keluar 8.4 tan minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kiri) menunjukkan sebahagian daripada minyak masak paket yang dirampas dalam serbuan di belakang sebuah kedai di Kampung Salor, Kota Bharu semalam.-Foto YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas sebanyak 8.4 tan minyak masak paket bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di belakang sebuah kedai di Kampung Salor, Kota Bharu semalam.

Serbuan pukul 6 petang bersama anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan itu turut menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung rampasan itu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan minyak masak paket bersubsidi itu dianggarkan berjumlah RM33,600.

Menurutnya, bertindak atas maklumat berkait penyeludupan, sepasukan anggota PGA bersama KPDNHEP Kelantan telah melakukan intipan dan pemerhatian di lokasi sebelum melakukan serbuan.

“Semasa intipan dilakukan, kita mendapati sekumpulan lelaki sedang menyusun kotak-kotak berwarna coklat ke dalam dua buah lori.

“Apabila menyedari kehadiran anggota penguatkuasa, mereka terus melarikan diri. Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka berjaya dicekup,” katanya pada sidang akhbar di Markas PGA Lubok Stol di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI