fbpx

Main biola sambil lakukan aktiviti payung terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eren (depan) bermain biola di udara bagi menghilangkan rasa gementarnya melakukan aktiviti payung terjun. – United Press International

KAYSERI, TURKI – Seorang ahli muzik yang gementar untuk melakukan aktiviti payung terjun buat kali pertama memilih bermain biola ketika melakukan sukan itu bagi menghilangkan perasaan takutnya, lapor agensi berita United Press International semalam.

Fikret Eren, yang merupakan seorang guru biola diajak rakannya untuk menyertai aktiviti sukan udara itu.

“Rakan lama saya, Semih Er, menggalakkan saya untuk membuat aktiviti payung terjun.

“Bagi mengatasi rasa takut, Semih mencadangkan agar saya bermain biola ketika terjun untuk mengalih perhatian pada perasaan itu,” katanya.

Hasil percubaannya, Eren kini sudah jatuh cinta pada sukan payung terjun dan sedang mengikuti kelas untuk mendapatkan lesen payung terjun profesional .

“Ternyata bermain biola ketika melakukan aktiviti payung terjun kali pertama berjaya menghilangkan rasa takut saya buat selama-lamanya,” ujar Eren. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN