fbpx

Lawatan kebajikan untuk kenal pasti bantuan diperlukan Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (dua dari kiri) bersama Zamrose (kiri) ketika menunaikan solat maghrib di Masjid Depoh Askar Melayu Diraja, Pusasda, Port Dickson kelmarin.

PORT DICKSON – Lawatan kebajikan anggota dan keluarga Tentera Darat dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti setiap bantuan yang diperlukan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kebajikan anggota dan keluarga menjadi keutamaan dalam memastikan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di tahap tertinggi.

Katanya, seperti biasa beliau akan melawat kem dua minggu sekali di seluruh negara.

“Program itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan ke kem seluruh negara bagi mendengar dari segi laporan dan kesiapsiagaan tentera di kem yang dilawati.

“Jadi kita tahu setiap kem mesti bersiapsiaga menghadapi apa sahaja keadaan yang berlaku jadi tujuan datang untuk melihat kesiapsiagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Kanak Pertahanan bersama warga Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis itu, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Tambahnya, pada kebiasaan beliau mendengar taklimat tetapi tidak di bulan puasa ini kedatangan hanya untuk program memberi sumbangan.

“Memberi sumbangan kepada anak-anak ataupun isteri anggota yang memerlukan bantuan kerana sakit kronik dan sebagainya.

“Begitu juga bantuan kepada anggota yang bertugas di kem,” katanya.

Jelasnya, cuma dari segi keperluan-keperluan lain , Panglima Pemerintah di kem itu akan memaklumkan terus kepada beliau.

“Seperti contoh tadi masjid yang memerlukan penghawa dingin itu sebagai salah satunya. Perkara-perkara lain akan disenaraikan kemudian,” jelasnya.

Sebelum itu, Ismail Sabri telah melawat anak kepada anggota tentera Sarjan Yusrizal Mohamaed Yahaya yang mengalami penyakit Microcephaly (kepala mengecil) dan isteri kepada Pegawai Waran 2 Hazizi Jebeng yang mengalami Oeteoporosis saraf tulang belakang dan Arterairtis.

Selain itu, beliau juga turut menterahkan sumbangan Ramadan kepada lima warga PLDTD dalam majlis itu.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, sebanyak RM79.3 juta peruntukan tambahan telah diluluskan sepanjang tahun 2020 sehingga kini kepada tentera darat susulan lawatan kerja Ismail Sabri Yaakob ke kem-kem tentera darat yang terdapat di seluruh negara.

Menurut beliau, peruntukan yang disalurkan tersebut termasuklah bagi kerja-kerja penyelenggaraaan bangunan teknikal, rumah-rumah anggota tentera serta penurapan jalan.

“Hasil daripada lawatan kerja oleh Datuk Seri (Ismail Sabri) sepanjang tahun 2020 dan 2021, peruntukan tambahan berjumlah RM79.296 juta telah diluluskan kepada tentera darat.

“Peruntukan tambahan ini antaranya melibatkan kerja penyelenggaraan bangunan teknikal, naik taraf rumah keluarga anggota tentera, penurapan jalan dan penyelenggaraan dewan serbaguna. Semua ini dilaksanakan Datuk Seri dengan hasrat untuk menjamin kebajikan warga tentera darat sentiasa terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI