fbpx

Lapan kawasan terjejas bekalan elektrik akibat kabel PMU terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Ribuan penduduk di lapan buah kawasan terjejas bekalan elektrik susulan kebakaran kabel di Pencawang Masuk Utama ( PMU ) Meru di sini awal pagi tadi.

Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) dalam hantaran di laman sosial rasminya memaklumkan kawasan terlibat termasuk Bandar Puncak Alam, Taman Alam Sutera
Taman Alam Suria, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cerakah, Bandar Hillpark Astana Alam 2, Kuala Selangor.

“Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaikpulih bekalan elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5 pagi dengan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

“Kejadian melibatkan kabel pencawang elektrik utama berjaya dipadamkan pihak bomba menggunakan alat pemadam api jenis debu kering.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan struktur bangunan,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI