fbpx

Noh, Mizz Nina rayu derma bantu rawat mental golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH SALLEH dan Mizz Nina.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti Noh Salleh dan isteri, Mizz Nina menggesa masyarakat untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi mengerakkan kempen membantu golongan B40 yang mengalami masalah kesihatan mental.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram mereka, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, kempen tersebut yang dinamakan sebagai Bantuan Psikologi B40 anjuran sebuah badan bukan kerajaan 1Moment 4Them mensasarkan kumpulan pertengahan yang mengalami kekangan kewangan untuk mendapatkan sesi rawatan mental ekoran Covid-19.

“Sokong komuniti kurang bernasib baik B40 yang menderita akibat masalah kesihatan mental. Selamatkan dan bantu rakan-rakan yang tidak berkemampuan.

“Benda yang kita takuti tanpa rawatan dan sokongan psikologi boleh menyebabkan keadaan akan bertambah buruk atau mereka boleh menghadapi tekanan sehingga membawa kepada kematian,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam perkongsian sama, pasangan suami isteri itu mensasarkan kutipan sebanyak RM70,000 untuk rawatan ke atas 100 orang pesakit.

KEMPEN Bantuan Psikologi anjuran 1Moment4Them yang sedang dijayakan bersama Noh Salleh dan Mizz Nina ketika ini.

Menerusi penerangan yang diberikan, Noh dan Mizz Nina menambah, pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan ramai pesakit dalam kalangan kelompok B40 tidak dapat meneruskan rawatan ekoran kekangan kewangan selain tempoh menunggu yang lama di hospital kerajaan.

“Jadi kami mensasarkan derma sebanyak RM70,000 untuk keperluan 100 orang pesakit bagi mendapatkan lima sesi terapi secara dalam talian, lima kali sesi pengurusan penjagaan diri secara dalam talian dan keperluan satu bakul makanan bernutrisi (untuk 100 orang).

“Kami hanya memerlukan 1,400 penderma untuk menyumbang sebanyak RM50 seorang (kami menerima jumlah lain juga),” katanya.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi laman web www.launchgood.com/b40 atau menerusi akaun bank 8603078986 (CIMB) di atas akaun 1moment4them solutions. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI