fbpx

Kanak-kanak 3 tahun ‘ketagih’ dadah angkara bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek

SEREMBAN – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang juga ayah tiri mangsa yang dipercayai melakukan pengabaian dengan memasukkan dadah pada tubuh kanak-kanak itu ketika di bawah jagaannya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian itu Ahad lalu daripada seorang doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur ketika membuat rawatan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak itu mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine dan Methapetamine.

“Sebelum itu, ibu mangsa telah membawa kanak-kanak itu ke hospital pada Khamis lalu untuk rawatan setelah melihat dia berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fazley berkata, siasatan awal mendedahkan mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya sehari sebelum itu pada Rabu lalu di Nilai di sini.

“Sehubungan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek, Mohd. Faresh Khalid, 38 dan bekerja sebagai tukang jahit dengan alamat terakhir di Pangsapuri Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

“Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI