fbpx
Baharudin (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

Tiga termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah ini dan Kemaman lumpuh dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wanita di Paka dekat sini pada Rabu lalu.

Serbuan pada pukul 10 malam di belakang pasar raya tersebut berjaya merampas 5,208.5 gram syabu dan dua gram pil yaba yang mampu memenuhi permintaan 25,000 penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kesemua suspek yang berusia 21 hingga 29 tahun ditahan dalam serbuan dilakukan
pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

“Serbuan itu berjaya merampas kira-kira 5,208.5 gram syabu dan dua gram pil yaba yang bernilai keseluruhan lebih RM150,000.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki yang mengganggotai sindiket berkenaan berasal dari Kemaman manakala suspek wanita pula dari Johor,” katanya pada sidang akhbar di IPD Dungun di sini hari ini.

Baharudin berkata, ujian urin mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methapitamine selain masing-masing memiliki dua hinga lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Menurut beliau, siasatan awal juga mempercayai sindiket itu baru memperolehi bekalan dadah yang akan diedarkan untuk pasaran daerah ini dan Kemaman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN