fbpx

Tiada lagi BLACK6IX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACK6IX

JANGKA hayat yang singkat untuk karier kumpulan BLACK6IX apabila mereka disahkan telah dibubarkan dalam satu kenyataan dikeluarkan daripada agensi BLACKHOLE Entertainment baru-baru ini.

Pembubaran kumpulan dianggotai enam anggota itu disebabkan kontrak mereka bersama agensi tersebut sudah pun menemui penamat.

“Pertama sekali, terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyayangi BLACK6IX selama ini.

“Kami BLACKHOLE Entertainment ingin mengumumkan bahawa kontrak eksklusif bersama kumpulan itu bagaimanapun sudah menemui penghujung.

“Kami berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan sepanjang karier mereka selama ini,” katanya.

BLACK6IX yang dianggotai oleh Kim Subin, Lee Jong-woon, Park Yejun, Byun Yong-seok, Jung Seung-hwan dan Kim Hyun-jae memulakan debut pada 2017 dengan single Please.

Selama empat tahun berkarier, mereka sempat meluncurkan sebanyak dua buah album iaitu Nice To Meet You dan Swamp of Despair.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI