fbpx

Hamidin ketuai skuad Harimau Malaya terima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTRAJAYA 19 APRIL 2021 - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin (tengah) bersama Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dan Kapten skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan menerima suntikan vaksin untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Emiriyah Arab Bersatu pada Jun hadapan di Dewan Sri Seroja Jalan Diplamatik 2/2 di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengetuai barisan skuad Harimau Malaya menerima suntikan vaksin Covid-19, hari ini sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Selepas Hamidin ia disusuli Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd. Razak.

Hamidin bersama Cheng Hoe dan Aidil merupakan kumpulan paling awal menerima suntikan vaksin di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.

Kosmo! semalam melaporkan, Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Cheng Hoe mengesahkan pihaknya sudah ada senarai pendek 38 pemain yang bakal menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kata Cheng Hoe, pemilihan itu bagaimanapun bukan senarai akhir pasukan yang akan dipilih untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Emiriyah Arab Bersatu pada Jun depan.

Seramai 78 individu merangkumi pegawai, barisan kejurulatihan dan pemain dipilih untuk menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu.

Semua mereka akan menerima suntikan kedua pada 10 Mei ini.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan mendapat berita yang ditunggu-tunggu selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan mereka akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Rabu lepas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI