fbpx

GreenBag by CIC sasar jualan 1,000 kit pembelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUTREN NADA (kanan) melancarkan kit pembelajaran Know It All Box di Cyberjaya baru-baru ini.

CYBERJAYA – Green Bag by CIC telah melancarkan kit pembelajaran yang dikenali sebagai Know It All Box sebagai usaha untuk menambah baik sistem pembelajaran awal kanak-kanak agar ia menjadi lebih holistik.

Mengambil contoh sistem pembelajaran dari negara maju yang berasaskan play and learn, produk keluaran anak syarikat CIC Where Leaders Are Born (CIC) itu akan dapat membantu menyediakan peluang pembelajaran yang merangsang minda kanak-kanak berumur antara tiga hingga tujuh tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Qutren Nada Ahmad berkata, Know It All Box merupakan kit pembelajaran selama 12 bulan yang mengandungi pelbagai aktiviti dan mempunyai tema ­berasingan yang sangat menarik untuk kanak-kanak.

Antara temanya ialah Yes, I Can Do It, When I Grow Up, Down On The Farm, CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher & My Happiness, Food & Nutrition serta A Box To The World.

“Selain aktiviti yang ber­asaskan kepada eksperimen sains, lukisan dan kemahiran, kit pembelajaran itu juga memfokus kepada elemen 3 E iaitu experience, experiment dan exploration yang membantu kanak-kanak merasai sendiri pengalaman yang terkandung dalam kit berkenaan.

“Lebih menarik, ibu bapa boleh melakukan aktiviti tersebut bersama anak-anak di hujung minggu bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain membantu ibu bapa membim­bing proses pembelajaran anak-anak di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kit pembelajaran itu di sini baru-baru ini.

Qutren Nada menjelaskan, Know It All Box boleh dilanggan dengan kadar bayaran RM118 untuk hanya sebulan dengan menerima empat aktiviti di dalam kotak berkenaan.

Bagaimanapun, jika ibu bapa melanggan selama 12 bulan, maka kadar bayarannya hanya RM69 untuk setiap bulan, ini menunjukkan syarikat telah memberi potongan harga yang menarik untuk langganan pakej tersebut.

“Kami menyediakan 1,000 kit pembelajaran ini untuk dilanggan oleh ibu bapa, guru tadika dan juga pengasuh kanak-kanak,” jelasnya.

Syarikat juga mempelawa usahawan berminat menjadi ejen atau perunding pendidikan untuk berkongsi ilmu melalui produk berkenaan selain menambah pendapatan bulanan.

Sementara itu, pada majlis tersebut, CIC telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Global Art untuk bekerjasama dalam bidang seni kreatif.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI