fbpx

Enam pemain di ABM positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI enam pemain badminton di bawah naungan BAM disahkan positif Covid-19 dan kejadian berlaku di ABM di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. – Gambar hiasan

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi arahan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Majlis Sukan Negara (MSN) serta Institut Sukan Negara (ISN) supaya mengambil tindakan segera susulan enam pemain badminton negara disahkan positif Covid-19.

Reezal Merican dalam kenya­taan menerusi Twitter berkata, keselamatan atlet, jurulatih dan pegawai sentiasa menjadi ke­utamaan.

“Saya telah dimaklumkan mengenai kes jangkitan Covid-19 yang berlaku di Akademi Badminton Malaysia. Arahan sudah diberikan kepada MSN, ISN dan BAM supaya mengambil tindakan segera mengikut arahan dan prosedur KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” kata beliau.

Terdahulu, BAM mengesahkan enam pemainnya disahkan positif Covid-19 selepas mereka melakukan ujian calitan semalam.

Bagaimanapun, pemain-­pemain itu dilaporkan tidak me­nunjukkan sebarang simptom dan mereka kini sedang menjalani­ kuarantin serta diberi pemantauan rapi.

Difahamkan, keenam-enam pemain terlibat bukan mereka yang sudah mengambil vaksin dos pertama pada Selasa lalu selepas BAM bertindak tidak mendedahkan nama mereka.

“Kesemua pemain tersebut kini sedang menjalani kuarantin berdasarkan protokol yang sudah ditetapkan KKM, MSN serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” kata BAM menerusi satu kenyataan rasmi.

Sebaik mengadakan perbincangan bersama KKM, MSN dan ISN, semua 91 pemain, jurulatih serta pegawai di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara terus menjalani ujian segera dan keputusannya adalah negatif.

“Latihan dalam kuarantin yang digunakan sebelum ini di ABM perlu diperkenalkan semula. Aktiviti persekolahan pula akan dijalankan secara online bagi tempoh beberapa hari.

“Sudah pasti kesihatan serta keselamatan semua orang menjadi perkara yang paling penting bagi pihak kami,” ujar badan induk sukan badminton itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI