fbpx

Polis siasat wanita tipu bisnes kuih raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung satu jenayah penipuan oleh seorang wanita yang menawarkan peluang perniagaan kuih raya di Kulai, Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima tiga laporan polis berhubung penipuan berkenaan.

Menurut beliau, kesemua laporan itu dibuat di Balai Polis Kulai pada tarikh yang berlainan.

“Menurut seorang mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 34 tahun, mereka ditawarkan peluang perniagaan dengan modal RM500.

“Mangsa dijanjikan akan menerima modal tambahan berjumlah RM1,500 dan menerima 1,600 balang kuih raya untuk dipasarkan ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah memasukkan RM500 kepada akaun bank milik suspek atas nama Siti Asmah.

“Suspek juga telah mengadakan satu perjumpaan di Dewan Muhibbah, Kulai dimana mangsa dan bersama mangsa-mangsa lain dikehendaki membuat pembayaran tambahan yang tidak dinyatakan sebelum ini untuk pembelian kelengkapan lain.

“Sehubungan itu polis mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran perniagaan yang tidak masuk akal dan menjanjikan keuntungan berlipat ganda khususnya ketika musim perayaan ini,” ujarnya.

Jelasnya, polis menasihatkan agar mangsa-mangsa lain turut tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan yang dijalankan.

Ayob Khan turut memberitahu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI