fbpx

Lagi insiden tembakan di AS, dua terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori yang secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah anggota polis terbunuh di samping seorang lagi penumpang yang turut mati. - iStock

SAN ANTONIO, TEXAS – Dua lelaki terbunuh dalam serangan tembakan terbaharu di Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan seorang anggota polis yang sedang bertugas, lapor CNN semalam.

Menurut Ketua Polis San Antonio, William McManus, rakaman kamera pada badan polis tersebut mendapati, dia mengarahkan sebuah lori untuk menghentikan kenderaanya sebelum berbual secara kasual dengan pemandu lori tersebut selama beberapa minit.

Pemandu lori itu kemudiannya secara tiba-tiba bertindak mengacukan pistol dan melepaskan tembakan yang mengenai tangan anggota polis tersebut.

Anggota polis itu kemudiannya berundur dan membalas tembakan yang membunuh pemandu lori dan seorang lagi penumpang termasuk seorang lagi cedera.

Menurut McManus, dia belum dapat memastikan sebab anggota polis tersebut menghentikan lori itu.

“Dia ialah anggota yang sedang meronda seperti kebiasaan di sekitar kawasan ini,” ujarnya.

Kedua-dua lelaki yang terbunuh dipercayai berumur lewat 20-an.

Manakala anggota polis yang terlibat dan seorang lagi penumpang tercedera dibawa ke hospital, dan keadaan polis itu masih tidak dapat dipastikan.

“Anggota polis itu amat bertuah kerana pada jarak yang dekat, dia hanya ditembak di tangan dan bukan di tempat lain,” katanya.

Semalam, satu lagi kejadian serangan tembakan berlaku di sebuah bangunan kilang Fedex di Indianapolis yang membunuh sekurang-kurangnya lapan orang.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN