fbpx

Istiadat pemakaman Putera Philip sebentar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Philip yang memakai gelaran Duke of Edinburgh, disifatkan oleh kerabat diraja sebagai ‘datuk negara’. - AFP

LONDON – Ratu Elizabeth II akan mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada mendiang suaminya, Putera Philip pada pukul 10 malam ini (waktu Malaysia) dalam majlis pemakaman yang dibatasi peraturan koronavirus, namun tetap memperingati  jasa baginda yang amat besar dalam perkhidmatan awam dan pasukan tentera.

Majlis yang cuma dihadiri 30 orang di pekarangan  Istana Windsor, barat London itu ditonton berjuta-juta penonton televisyen dengan orang ramai diminta tidak berkumpul kerana pandemik.

Pengawal istana berkawad di hadapan Istana Windsor sebelum upacara pemakaman Putera Philips hari ini. – AFP

Bagaimanapun, orang awam terus membanjiri lokasi sekitar Windsor yang mendorong halangan didirikan di sepanjang laluan siar kaki menuju ke pintu pagar istana lengkap dikawal pasukan polis beruniform.

Ieuan Jones, 37,  melakukan perjalanan dari bandar tempat tinggalnya di ibu negeri Wales, Cardiff untuk memberikan penghormatannya. Dia menggelar Putera Philip ‘lelaki gagah’  dan  ‘wira sejati’  yang banyak berjasa kepada negara dan kerabat diraja Britain.

“Satu kekecewaan kerana disebabkan pandemik, kita tidak dapat memberi penghormatan beramai-ramai kepada lelaki hebat tersebut,” katanya kepada agensi berita AFP.

Orang awam meletakkan bunga dan potret Putera Philip sebagai tanda peringatan dan bersedih atas kemangkatannya. – AFP

Di Istana Buckingham yang menjadi kediaman Ratu Elizabeth, tengah London, Cef Santosh Singh meletakkan bunga tulip berwarna ungu untuk menandakan berakhirnya sebuah era.

“Saya sayang keluarga diraja. Saya anggap mereka menakjubkan. Sungguh menyedihkan kerana semua ini akan berubah,” kata cef berumur 57 tahun tersebut.

Dalam pada itu, majlis memperingati Putera Philip turut diadakan di Sweden dan Denmark manakala burung-burung daripada Persatuan Merpati Lumba dibebaskan dari Memorial Arboretum Nasional di tengah London.

Putera Philip yang memakai gelaran Duke of Edinburgh, disifatkan oleh kerabat diraja sebagai ‘datuk negara’. Baginda mangkat pada 9 April lalu ketika berusia 99 tahun dan beberapa minggu selepas dibenarkan keluar setelah menjalani rawatan hospital selama  sebulan akibat masalah jantung serta jangkitan.

Putera Philip sentiasa berada di sisi Ratu Elizabeth II semasa baginda bertakhta sejak tahun 1952 hingga kini. – AFP

Pasangan monarki Britain yang paling lama berkhidmat itu sentiasa berada di sisi Ratu Elizabeth II semasa baginda bertakhta sejak tahun 1952 apabila Britain membina semula negara daripada kemusnahan Perang Dunia Kedua dan empayarnya mula berpecah.

Kematian baginda selepas perkahwinan diraja selama 73 tahun meninggalkan ‘kekosongan mendalam’ dalam hidup Ratu Elizabeth II, kata anak kedua pasangan monarki tersebut, Putera Andrew hujung minggu lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN