fbpx

Gempa bumi berukuran 5.5 skala Richter gegar Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jika dilihat pada lokasi dan kedalamnya, gempa bumi itu merupakan jenis sederhana. – Volcano Discovery

JAKARTA – Satu gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter menggoncang wilayah Aceh, Indonesia pada pagi ini, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Stesen Geofizik Mata le, Djati Cipto Kuncoro, gempa pada pukul 8.40 pagi (waktu tempatan) itu berlaku pada kedalaman 92 kilometer (km) dan sekitar 38 km arah barat daya bandar Jantho.

“Jika dilihat pada lokasi dan kedalamnya, gempa bumi itu merupakan jenis sederhana,” ujarnya.

Gegaran daripada gempa tersebut dirasai oleh penduduk sekitar Banda Aceh, Pidie Jaya, Nagan Raya, Calang, dan Lhokseumawe, selain ia dapat dirasai dengan jelas jika berada di dalam rumah.

“Hingga saat ini, belum ada laporan kecederaan atau kematian akibat gempa tersebut. Tiada amaran ombak besar tsunami dikeluarkan,” tambah Djati.

Susulan itu, BMKG menasihati penduduk agar kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang tidak dipastikan kesahihannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN