fbpx

40 petugas kesihatan dijangkiti selepas dos kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 40 petugas kesihatan telah dijangkiti Covid-19 selepas sempurna mendapatkan dua dos suntikan vaksin, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 15 April.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut melibatkan sembilan kes dijangkiti Covid-19 selepas lebih dua minggu menerima dos kedua vaksin.

“Selain itu, 31 kes lagi dijangkiti kurang daripada dua minggu menerima suntikan dos kedua. Dalam masa sama, sebanyak 142 kes petugas kesihatan yang dijangkiti selepas menerima dos pertama.

“Bagaimanapun, apa yang penting kesemua mereka tidak mengalami gejala yang teruk,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka yang sudah menerima vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti biarpun telah selesai mendapatkan suntikan tersebut namun, berkemungkinan gejala dialami adalah kurang teruk.

“Walaupun vaksin memberi pengharapan untuk berperang melawan Covid-19, kita tidak boleh melakukan kesilapan dengan melonggarkan langkah kesihatan awam selepas program vaksin dijalankan.

“Tiada seorang yang selamat sehinggalah semua orang selamat. Teruskan untuk mematuhi semua langkah kesihatan awam,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI