fbpx

Warga emas hampir pitam terserempak ular tedung selar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang lima meter dan seberat 30 kilogram yang ditemui di dapur sebuah rumah di Kampung Tanjung Luas, semalam.

BALING – Seorang wanita warga emas hampir pitam selepas terserempak seekor ular tedung selar sepanjang lima meter dengan berat kira-kira 30 kilogram (kg) di dapur rumahnya di Kampung Tanjung Luas, Kupang di sini semalam.

Wanita terbabit, Che Amra Che Ahmad, 63, kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Daerah Baling kerana mengalami tekanan darah tinggi.

Menurut Noraini Che Long, 45, ibunya masuk ke dapur untuk menyiapkan juadah berbuka puasa kira-kira pukul 5 petang.

“Ibu terkejut sebaik melihat seekor ular tedung selar melingkar di hadapan kabinet dapur dan terus menjerit memanggil adik lelaki.

“Adik, Mohd. Shafni Che Long, 40, cuba menghalau tetapi tidak berani mendekati ular tersebut kerana reptilia itu panjang dan besar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, keluarga kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI