fbpx

Sebilangan mangsa ditembak dalam serangan di Indianapolis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di luar bangunan kemudahan Fedex yang menjadi lokasi insiden tembakan tersebut. - CNN

WASHINGTON – Sebilangan mangsa ditembak dalam satu insiden semalam di bandar raya Indianapolis, Amerika Syarikat, demikian menurut polis, namun tahap kecederaan mangsa belum jelas.

Jurucakap polis, Genae Cook memberitahu pemberita bahawa anggota-anggota polis berdepan ‘insiden penembak aktif’ di sebuah kemudahan Fedex dekat lapangan terbang antarabangsa di bandar raya itu.

Katanya, polis percaya lelaki bersenjata itu meninggal dunia kerana membunuh diri.

Polis mengesahkan sebilangan mangsa telah ditembak tetapi tidak mengesahkan bilangan atau status mereka. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN