fbpx

Penggodam Indonesia tipu wang kerajaan AS lebih AS$60 juta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penggodam Indonesia yang diberkas polis kerana terlibat dalam kes penipuan antarabangsa. - AFP

JAKARTA – Dua penggodam Indonesia diberkas berhubung penipuan antarabangsa di mana lebih AS$60 juta (RM247.65) juta dicuri daripada program bantuan Covid-19 bagi membantu rakyat Amerika Syarikat(AS) yang hilang pekerjaan akibat pandemik, kata pihak berkuasa.

Mesej teks telah dihantar kepada 20 juta rakyat AS dan mengarahkan mereka kepada lebih 12 akaun kerajaan AS palsu, kata polis Indonesia lewat semalam.

Beribu-ribu mangsa memberikan maklumat peribadi termasuk nombor keselamatan sosial dalam laman web palsu tersebut dengan harapan mendapatkan bantuan AS$2,000 (RM8,255) di bawah program bantuan sebenar untuk golongan penganggur, kata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, data mereka sebaliknya digunakan oleh scammer untuk mencuri berjuta-juta dolar daripada program tersebut.

“Kira-kira 30,000 rakyat AS telah ditipu manakala kerugian yang dialami kerajaan AS  menlebihi AS$60 juta,” kata ketua polis Jawa Timur, Nico Afinta. 

Kedua-dua suspek ditangkap bulan lalu di bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya selepas polis dihubungi oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Polis Indonesia tidak menyatakan berapa lama penipuan tersebut dilakukan.

Kedua-dua penggodam itu berdepan hukuman penjara sembilan tahun di bawah undang-undang maklumat elektronik Indonesia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN