fbpx

Lapan terbunuh ditembak dalam serangan di Indianapolis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan kilang Fedex tempat berlakunya insiden tembakan yang membunuh lapan orang. - AFP

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam satu insiden tembakan di sebuah bangunan kilang Fedex dekat lapangan terbang antarabangsa di Indianapolis, Amerika Syarikat.

Penembak yang identitinya masih belum dikenalpasti itu turut bertindak menembak dirinya selain beberapa mangsa turut tercedera.

Dalam kejadian tersebut, penembak memulakan tembakan secara rambang di lot parkir sebelum masuk ke dalam bangunan dan meneruskan tembakan.

“Ia tidak disebabkan oleh perbalahan atau gangguan oleh sesiapa pun di situ.

“Penembak itu hanya masuk sedikit ke dalam ruang bangunan. Jadi, kejadian tembakan itu berkemungkinan berlaku dalam satu ke dua minit,” ujar Timbalan Ketua Polis Indianapolis, Craig McCartt kepada CNN.

Sementara itu, menurut seorang pekerja di bangunan kilang tersebut, Jeremiah Miller, dia terlihat penembak memulakan tembakan dengan lebih 10 das tembakan dilepaskan.

“Saya nampak seorang lelaki yang lengkap dengan senjata api yang kelihatan seperti mesingan serta senapang automatik, dan dia sedang menembak secara rambang. Saya berasa amat takut sekali,” katanya.

Bangunan kilang Fedex itu dilaporkan mempunyai lebih daripada 4,000 pekerja.

Setakat ini, polis belum mengenalpasti sama ada penembak merupakan pekerja di kilang tersebut atau tidak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN