fbpx

Kereta Putera Philip dipamer di muzium Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan ini merupakan kereta pertama dibeli mendiang Putera Philip ketika bertugas di Sri Lanka. -AFP

COLOMBO, Sri Lanka – Sebuah kereta berusia hampir 90 tahun milik mendiang Putera Philip menjadi tarikan sebuah muzium di Sri Lanka.

Semasa hidup baginda, Putera Philip yang lalu memakai gelaran Duke of Edinburgh amat meminati kereta. Baginda telah membeli kereta 1935 Standard Nine pada  harga £12 (RM68) semasa berkhidmat dengan Tentera Laut Ditahan Britain pada 1940.

“Sekembalinya mendiang ke Colombo pada tahun 1950-an, baginda datang dan melihat kereta itu,” demikian kata Sanjeev Gardiner yang menyimpan kenderaan tersebut di hotel miliknya, Hotel Galle Face di Colombo.

“Sebaik sahaja melihat kenderaan itu, baginda berharap brek pada kenderaan itu berfungsi kerana ia tidak berfungsi sebelum ini,” tambah Sanjeev.

Menurut Sanjeev, Putera Philip mengakui Standard Nine merupakan kenderaan pertama dibelinya.

Baginda juga merupakan penaung kelab Standard Motor Car.

Hotel milik Sanjeev yang merupakan antara hotel dengan konsep kolonial Britain tertua di Colombo telah membina sebuah muzium di dalamnya bagi menempatkan kereta sedan berwarna hitam dan kelabu itu untuk tatapan pengunjung.

Berdasarkan rekod muzium, Putera Philip pertama kali memandu kenderaan itu dari Colombo ke pangkalan tentera laut di Trincomalee dengan jarak sejauh 260 kilometer. 

Kereta itu yang memiliki jarak pemanduan 93,040 kilometer dan telah dibaik pulih beberapa kali masih boleh digunakan namun kos insurans yang tinggi  menyebabkan ia tidak lagi dibawa keluar. 

Putera Philip memang peminat kereta dan sering memilih untuk memandu sendiri.

Namun pada 2019, baginda menyerahkan lesen memandunya pada usia 97 tahun ekoran satu pertembungan yang mengakibatkan kenderaan dipandunya terbalik dalam kemalangan yang menyebabkan dua orang cedera. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN