fbpx

Kanak-kanak perempuan 9 tahun gantung diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam kejadian di Flat Temenggong, Kulai, Johor petang semalam.

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu berbuat demikian dipercayai kerana perselisihan faham antara keluarga.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai telah tiba ke kediaman mangsa pada pukul 4 petang.

“Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarganya daripada tempat asal mangsa menggantung diri menggunakan kain pelikat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pihak hospital yang tiba kira-kira pada pukul 4.45 petang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI