fbpx

Dibayar RM1,000 hantar satu bungkusan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan syabu yang dirampas daripada dua penghantar dadah baru-baru ini

SHAH ALAM – Kegiatan dua penghantar dadah sejak awal tahun ini dengan menerima bayaran RM1,000 bagi setiap bungkusan dadah berakhir apabila dicekup di kawasan meletak kenderaan sebuah pasar raya di Bandar Mahkota Cheras, baru-baru ini.

Dalam serbuan pukul 4.30 petang pada Isnin lalu itu, kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 32 tahun itu diberkas bersama 13.2 kilogram (kg) syabu.

Difahamkan, semasa kejadian mereka sedang berurusan bagi proses penggantian penghantaran dadah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, kesemua dadah itu diletakkan di dalam sebuah beg kanvas bercorak bunga di dalam bonet belakang sebuah kereta jenis Proton Persona digunakan suspek.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat 13 bungkusan teh bertulisan Guanyinwang yang mengandungi dadah jenis methamphetamine.

“Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan negeri ini yang mampu dibekalkan kepada 26,520 penagih.

“Nilai keseluruhan dadah dianggarkan RM477,360,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya turut menyita sebuah kereta dan wang tunai RM500 dengan nilai keseluruhan RM38,500.

Ahmad Jefferi memberitahu, hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya suspek negatif dengan seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek dipercayai mula terlibat sebagai transporter sejak awal tahun ini dan menerima RM1,000 bagi setiap bungkusan dadah.

“Mereka kini direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI