fbpx

Bapa ugut bunuh dua anak direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video menunjukkan seorang lelaki dipercayai sedang mendera dua kanak-kanak dalam kejadian di Ulu Balung baru-baru ini. Foto IHSAN PEMBACA

TAWAU – Seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 20 tahun ditahan ekoran disyaki mendera dua anaknya dalam kejadian tular dipercayai berlaku di Ulu Balung baru-baru ini.

Lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 7 pagi semalam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Andung, Jalan Kabogan, Semporna.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasat awal pihaknya mendapati motif kejadian adalah berpunca dari krisis rumah tangga antara suspek bersama isterinya.

“Suspek dipercayai bertindak mendera dua anak pasangan itu yang berumur lima dan dua tahun untuk bertujuan mengugut isterinya agar pulang ke rumah.

“Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan BSJ IPD Semporna susulan laporan yang diterima kira-kira pukul 11.26 pagi kelmarin.

“Kita turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Oppo dipercayai digunakan suspek untuk merakam video berkenaan selain sebilah pisau berukuran 31 sentimeter,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Peter berkata, kedua-dua kanak-kanak juga sudah diselamatkan sebelum di bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sementara itu, beliau menyatakan perintah reman ke atas suspek selama 14 hari akan dipohon bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, dua klip video berdurasi 16 dan 26 saat menunjukkan seorang lelaki memijak kaki, perut, leher dan kepala kanak-kanak lelaki serta perempuan sambil mengacukan pisau selain mengugut membunuh dua mangsa terbabit tular di laman sosial Facebook sejak Selasa lalu sehingga mengundang pelbagai reaksi orang awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI