fbpx

Stesen kereta api di Jepun dinamakan ‘Detective Conan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang mengambil gambar di hadapan papan tanda ‘Konan Station’ sempena promosi tayangan filem terbaharu siri animasi detektif tersebut. – Kyodo News

NAGOYA, JEPUN – Sebuah stesen kereta api di Jepun diberi nama sementara sebagai ‘Meitantei Konan’ yang bermaksud ‘Detective Conan’ bagi meraikan tayangan filem terbaharu kartun animasi detektif kanak-kanak popular itu yang mula ditayangkan esok, lapor agensi berita Kyodo kelmarin.

Para penumpang yang melalui Laluan Meitetsu Inuyama di wilayah Aichi sehingga 30 Jun ini dapat melihat papan tanda terbaharu yang dipasang di hadapan stesen tersebut yang bertulis ‘Konan Station’.

Sebagai sebahagian daripada promosi, platform kereta api serta beberapa bahagian di stesen Meitantei Konan turut dihias dengan watak-watak daripada siri popular itu selain beberapa acara turut dirancang bagi menambahkan lagi keterujaan terhadap tayangan filem tersebut.

Turut tidak terkecuali adalah sebuah patung yang menjadi lokasi titik pertemuan di stesen tersebut, Nana-chan, yang turut ditukar menjadi Shuichi Akai, watak seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam filem terbaharu itu.

Patung berkenaan memegang senapang pada satu tangannya, serta turut dipakaikan dalam pakaian yang menyerupai watak tersebut sehingga 20 April ini. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN