fbpx
BINTANG PSG, Neymar (kanan) dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menentang Bayern pada aksi suku akhir kedua awal pagi semalam. – AFP

Peluang terbaik PSG tamatkan penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino menolak tanggapan pasukannya adalah pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini selepas menyingkirkan Bayern Munich.

PSG mara ke pentas separuh akhir meskipun seri 3-3 secara agregat kerana memiliki kelebihan gol di tempat lawan apabila menang 3-2 pada perlawanan pertama minggu lalu.

Juara Liga Perancis itu bagaimanapun tewas 0-1 pada aksi timbal balik suku akhir yang berlangsung di Parc des Princes awal pagi semalam menerusi jaringan tunggal daripada penyerang Bayern, Eric Maxim Choupo-Moting.

“Saya tidak fikir kami adalah pasukan pilihan untuk menjuarai saingan Liga Juara-Juara musim ini walaupun kami sudah tewaskan Bayern selaku juara bertahan.

“Kami sepatutnya menang kedua-dua perlawanan kerana bermain lebih baik berbanding Bayern. Masih ada pasukan lain dan lebih hebat seperti Chelsea yang turut layak ke separuh ­akhir,” kata Pochettino.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu menegaskan, skuad kendaliannya tidak kisah bertemu dengan mana-mana pasukan kerana sasarannya adalah mara ke pentas final.

Ini adalah peluang terbaik buat PSG untuk menjuarai gela­ran Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab itu selepas tewas kepada Bayern pada aksi final edisi musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN