fbpx

Masjid Al Akbar, ikon terbaharu bandar Jogjakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Al Akbar menjadi ikon terbaharu Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta. - Kubah Sarana

JAKARTA – Sebuah masjid di Jogjakarta menjadi tumpuan netizen kerana reka bentuknya yang unik selain tidak mempunyai tingkap dan pintu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Masjid Al Akbar yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta (YIA) itu direka berbentuk separuh bulatan.

Dengan keluasan 760 meter persegi, masjid tersebut dapat menampung sehingga 600 orang jemaah pada satu-satu masa.

Pandangan dari udara Masjid Al Akbar kelihatan seperti kelopak bunga. – Kubah Sara

“Rekaan Masjid Al Akbar kelihatan seperti sebuah kubah besar yang tidak memiliki pintu atau tingkap,” tulis @jogja dalam laman Instagramnya.

Daripada gambar yang dimuatnaik di akaun @jogja, masjid tersebut kelihatan tersergam indah dengan warna keemasan daripada lampu dari bahagian dalamnya. 

Bumbung bangunan masjid tersebut kelihatan kukuh dengan diperbuat daripada besi serta berwarna putih.

Ia kini menjadi ikon terbaharu YIA yang terletak dalam kawasan lapangan terbang tersebut. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN