fbpx

Polis tahan 21 suspek dalam tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Polis negeri ini menahan 21 suspek dipercayai terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah dengan tujuh daripadanya membabitkan kes curi kabel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah.

Katanya, operasi tersebut diadakan selama tiga hari bermula pada 9 April lalu selepas pihaknya mengesan peningkatan kes-kes jenayah di kawasan sasaran di daerah Melaka Tengah.

“Sepanjang tiga hari operasi, kita berjaya menahan 21 suspek dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk tujuh daripadanya disyaki melakukan kes curi kabel milik Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia.

“Soal siasat lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti penglibatan suspek ditangkap dengan kes-kes jenayah yang lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sukri

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 1,531 individu, 1,290 buah kenderaan dan 71 premis turut diperiksa dalam beberapa siri operasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan kenderaan, sebanyak 48 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan dua buah kenderaan disita,” katanya.

Terdahulu, beliau memberitahu operasi itu melibatkan seramai 34 pegawai dan 129 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan ketiga-tiga daerah ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI