fbpx

Polis cari saksi kes kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki dan sebuah treler di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faizal berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada petugas lebuh raya berhubung kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi hari ini.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, treler berkenaan dari Putrajaya menghala ke Hutan Melintang, Perak.

“Semasa dalam perjalanan, pemandu treler tersedar telah melanggar sesuatu di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pemandu treler berkenaan telah memeriksa kenderaan dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti kerana telah hancur berkecai.

“Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan urusan pengecaman.

“Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rina Murniza di talian 013-9738580 di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI